Friday, December 10, 2010

alhamdulillah...

Syukur..result dah pon kuar..lega..tak la cermerlang, gemilang dan terbilang atau mega menurut kata sesetengah orang kan..tapi cukup la sekadar nak menempekkan diri di semester hadapan...alhamdulillah..sesungguhnya kita harus bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepada kita kan..hehe

Result kali ni dihantar melalui email personal para pelajar..maknanya tidak timbul lagi soal server down dan traffic jam di portal utama pelajar seperti sem-sem yang lepas..sangat lancar dan sistematik sistem yang baru diperkenalkan ni..tahniah la uitm..bukan apa, at least tak de la cacian dan rungutan dari pelajar-pelajarnya sendiri bila sistem baru dan efektif macam ni digunapakai..semua tenang je, dah la stress nak dapat result, portal jam, mau ada yang bakar komputer silap-silap..hihi..

erm..kepada yang berjaya, tahniah diucapkan, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi dan kepada yang gagal, teruskan perjuangan sehingga lulus..aku termasuk dalam kategori orang yang perlu lebih berusaha di semester depan memandangkan hanya tinggal lagi 3 sem nak grad..nanti tak dapat nak naik kan pointer akhir pulak..huhu..

Then cuti pon dah makin sikit, maknanya otak dah boleh di switch kan balik kepada mood study..kalau berterusan begini, nanti tak de momentum pulak bila sem dah bermula..tapi, kena get ready for a task dulu next week iaitu menjadi tourist guide sebab ada kawan nak datang rumah. Dorang dari Sabah dan nak jalan-jalan kat Perak sempena cuti sem ni..nanti aku buat entri untuk ni ye..salam..

Thursday, December 9, 2010

Ia datang lagi...

ia datang lagi...macam selalu..membawa berita suka dan duka...tapi selalunya duka la untuk aku..huhuhu..
erm..apa dia?? apa lagi >>> result exam la...aku tak suka betul bila result nak keluar especially bila ada orang tulis status kat facebook tu "dah bole chech result!!!" or "alhamdulillah...syukur.." ...kalau keluar la status-status sebegitu, aku la orang paling tension di rumah ni..huhuhu...

seperti sem-sem lepas, server uitm memang akan jam dengan puaka nye..yelah sume result kuar serentak..so last-last sume tension depan skrin komputer menunggu untuk log masuk, pastu tak tentu lagi lepas untuk semak result..tapi finally, mana yang skor tu berbaloi la kan..yang tak? bertambah la sedey nye..huhu..nak buat macam mana kan..rezeki masing-masing...terima je la...

result sem ni sepatutnya kuar esok iaitu 10hb tapi aku tengok kat facebook tengah hari tadi, ada student uitm yang dah dapat check result..aku pon apa lagi terus la log in..tapi server jam..tak lama lepas tu terus hilang menu untuk check result peperiksaan..aduhai uitm..kejap ada, kejap tak de, kejap 10hb, tiba-tiba 9hb pastu hilang balik..hurm..malas komen lebih-lebih tapi rasanya pihak terbabit wajar memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan benda yang dah jadi norm ni dari terus berlaku saban sem supaya ketensionan pelajar dapat dikurangkan...

p/s: takut nak tau result...tolong !!!

Tuesday, December 7, 2010

wah..makin banyak sawang nye la...ni la akibatnya kalau ikut orang..orang nak buat blog, aku nak buat blog, last-last blog bersawang..huhu..actually aku tak de benda nak tulis pon kat sini..tambahan pulak 2-3 hari ni aku sibuk berjalan dengan family dan buat kerja lain kat rumah ni..ada masa blogging pon dihabiskan untuk membaca entri-entri bloger lain yang jauh lagi best dan meletop..haha!

hurm..cuti pon makin sikit je tinggal..ni yang buat aku jadi sedey ni..mengalahkan sedey result yang bakal keluar 3 hari lagi..ayoyo! tak tahu la macam mana...yang pasti aku tak perform sangat hari tu..sekarang baru takut..tapi aku nak cuti...I mean nak lagi...tolong la bagi sebulan je lagi...tolong....huhuhu T__T

malam ni ingat nak keluar dengan kawan-kawan tapi suddenly tak jadi sebab ada antara dorang yang ada keje plulak...huhu..ada je halangan nak keluar ber-ramai-ramai..penat arrange gathering tapi selalu tak jadi..huhu...tak pe la, maybe tak de rezeki..nak buat macam mana kan..hurm..aku sekarang makin besar..sangat 'sihat' ye..waaa...aku dah makin gemuk...badut gemuk yang buruk..  =(

huhu..hurm..huh...hurm...apa lagi eh nak tulis..aku dah kemarau idea...erm....dah la kot..perut pon dah full to the fullest...ingat nak tido awal lah malam ni...chow~~~

Saturday, December 4, 2010

SAWANG!

haha..dah mula bersawang blog aku ni..huhu..kering idea nak tulis..err..actually aku tak de masa...lately I'm too busy with my family and I'm not staying at home too..but I have predicted this thing will be happened sooner or later..especially when the new semester begins soon..hurm..currently, I'm having my long holidays so I just trying this new activity and it seems interesting rather than facebooking alone..huhu..

I think it is enough for now..have no idea yet..feel sleepy too in this cloudy and cold afternoon..damn! my pillow sort of waving at me..I like its smell...haha..bye! zzzz....

Thursday, December 2, 2010

ada je yang nak malang....

huh...malang betol aku petang ni tadi...dah la penat, duit lagi melayang..huhuhu..ni semua gara-gara kecuaian...nak tau apa yang berlaku? tayar kereta aku masuk longkang...xboleh kuar pulak tu...memang @#@! betol la..

macam ni citernye, jalan yang aku lalu tu sempit..memang boleh celus sebijik kete je..tepi jalan tu pulak semak samun..sampai je aku kat lorong kecik tu, tiba-tiba ada sebuah pajero yang besar ni nak berselisih dengan aku..aku ni dengan bermurah hati bagi la jalan kat MURANO yang tak tau sikit pon nak slow-kan kete dia yang bapak besar lagi mewah tu..aku ni cuba la makin rapat ke tepi sebab aku tengik dia menuju laju ke arah kereta aku..tak perasan siapa pemandunya pon..

Dan pada masa yang sama aku tak tau yang semak samun tu rupa-rupanya perangkap! dibawah daun rumput hijau menyubur tu ada longkang sedalam 1 kaki dalam! ..dalam tu..memang tenggelam baik punya tanyar kete aku tadi bila aku lalu kat atas rumput tepi tu...huhu..apa lagi, tejerlus la..terkejut aku..panik giler time tu...jenuh la aku dengan adik aku nak kuarkan tayar tu tapi usaha kami sia-sia sebab longkang tu agak dalam dan sempit..so tayar memang tak boleh gerak seinci pon..  =(

ramai je orang lalu lalang kat jalan tu tapi semua pakat tengok je..ada mungkin bersimpati tapi masih tak de yang nak berhenti bertanya..tak pe lah, tak de rezeki...tapi yang paling aku terasa, bila seorang lelaki MELAYU ni boleh memperlahankan motor dia sambil jelas tersenyum sinis tengok aku dengan adik aku yang dah cuak time tu..mungkin sangat lawak pada dia~hurm... maybe lawak sebab longkang tu dah jelas after my car masuk tapi tadi?? dan mungkin kalau dia nampak nissan murano yang laju lagi besar tu, maybe dia rasa kurang lawak..atau mungkin gelakkan orang dalam kesusahan tu nikmat rasanya...

lepas tu bertambah malang lagi..lepas stuck kat situ lebih 20 minit tanpa sebarang bantuan dihulurkan..aku last-last decide nak call lori on tow tu ntuk tari kereta aku tiba-tiba phone pulak kong! memang syial..huhuhu...tapi, entah tiba-tiba ada sorang uncle INDIA ni dengan baik hatinya berhenti memberi bantuan..biar pon agak berumur dan TAK semuda lelaki MELAYU yang tersenyum tadi, dia sanggup singgah sekejap bertanya apa yang dah jadi..dia cadangkan aku dengan dia cuba angkat depan kereta tu dan adik aku main stereng...las-last gagal jugak...

Nak dijadikan rezeki, ada la sebuah cengkadak/beck-ho lalu kat jalan tu..tanpa ditahan, pemandunya seorang CINA terus berhenti memberi bantuan dengan segera..dia nak tarik kete aku dengan beck-ho dia guna rantai besar...akhirnya berjaya sebab beck-ho tu memang kuat la kan...tapi  pulaknye rantai pulak putus! tapi kete dah berjaya naik jalan balik..fuhh! so kena la ganti rantai tadi yang dah terputus..takkan orang dah tolong kita nak buat kering je kan..rantai tu pon agak panjang dan tebal..bukan tarik biasa tapi tarik kete tersekat, memang putus la..aku tanya nak bagi berapa dia kata ikut aku lah..hurm~mana aku tau harga benda tu. last-last dia mintak 30ringgit kalau bole, aku pon malas la nak tawar dah..letih sangat..tak pe lah, aku bayar je sebab aku tau tantai tu kalau nak beli pon mau lebih dari 30ringgit...memang tebal dan panjang..so aku bayar harga 2nd hand je la kiranya...huhu..melayang duit aku...

tapi uncle INDIA yang tolong aku tadi tu dah hilang time aku discuss dengan driver beck-ho tadi..kalau tak bole la belanja minum ke..nak tunjuk betapa aku sangat-sangat menghargai pertolongan dia bukan apa, letih dia cuba nak alihkan kete tu..dah tu, kotor pulak baju dia sebab kat sini hujan renyai..so tanah lembik dab berlecak..hurm..malas nak tulis lagi..tak ada mood..ni pon sebab masih lagi rasa menyesal kuar dalam hujan-hujan petang tadi...harapnya mood ok balik..insyaAllah..

p/s: Aku selalu support bangsa aku.. (g kedai runcit Melayu, klinik Melayu, penjual ikan Melayu.. dll yang Melayu)..tapi kadang-kadang Tuhan mungkin nak tunjuk yang ada dari kalangan bangsa lain yang sudi menolong aku dalam kesusahan dan sesetengah bangsaku sendiri hanya melihat dan tesenyum sinis je..bukan nak menghina Melayu, malah aku bangga jadi orang Melayu dan memang ramai lagi org Melayu yang baik di luar sana..tapi kejap tadi itulah realitinya...  =(

my favourite ever ! ! !

Aku ni suka makan seafood tapi aku ada sinus..abis la menderita kulit, hidung dan mata aku tiap kali aku tibai makanan laut dalam kuantiti yang banyak..contohnya macam semalam..aku tak dapat menahan nafsu makan aku yang berhantu ni..geram aku tengok ketam-ketam bunga besar-besar kat tesco tu..yang tak masak lagi pon aku geram giler tengok..segar bugar! kalau dah masak lagi r...so sebab geram punya pasal, aku pon rembat la 2kg ketam tu..ingat nak masak my favourite cuisine la which is KETAM CILI aphyx style...siap berapi bila makan..haha..

OK, dont waste more time, mari kita tengok bahan-bahannya:



>gambar ni aku guna handphone cam je..malas nak tunggu 30min lagi...haha..sampai masuk laptop aku dalam tu..ye lah, nak brFB dan brBLOG kat dapur..hehehe~

bahan utama:
-ketam 2kg  (cadangan je..nk 10kg pon bole..sekor pon xpe!)

bahan goreng:
-2 sudu besar serbuk kunyit  (ikut suka pon bole)
-1/2 sudu besar garam  (nak letak sesenduk pon xpe,tapi MASIN lerr)
-3 biji cili padi (tak bubuh pon ok!, nak bubuh seKG pn ok!)
-nak tambah rempah-rempah pon bole..kalau nak goreng rempah..

bahan untuk sos cili:
-2 ulas bawang kecil
-1 biji bawang merah besar
-1 biji bawang bombay
-4 ulas bawang putih
-segenggam cili kering (xtau exactly quantity, ikut suka pon bole)
-2 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar sos tomato (sos cili ok!)
-sebatang serai (diketuk!)
-1 cm halia
-sebiji tomato dipotong 4
- cili hijau (buat berkat..)
-gula dan garam secukuuuuup rasa! hehe..

langka-langkah:

1) lumur ketam dengan serbuk kunyit, garam dan cili padi yang dipotong sehingga rata..kemudian goreng dalam minyak panas dan banyak..(deep fry)

2) Bled bawang kecil, bawang merah besar, halia dan cili kering yang telah dicelur sehingga lumat.

3) Panaskan minyak sedikit, tumis bahan yang di blend tadi sehingga naik bau..masukkan bawang bombang dipotong 4 serta serai dan tomato.

4) Masukkan sos tiram, sos tomato/cili, gula dan garam secukupnya..

5) Tambahkan air sedikit dan letak sekeping asam keping (tak letak nak pon xpe)

bila dah masak, tuangkan sos cili atas ketam goreng tadi..walla!!!!! aku lapar balik dah...xsuka la tulis tentang makanan sedap gini..ok, nak pegi makan balik...

p/s: selamat mencuba!..kalau aku datang rumah korang, masak la benda ni ye..hehe..(muka x malu)

Wednesday, December 1, 2010

awal pagi...

adeh..susah nak tido la pulak bila dah terjaga nih..dah makan, dah solat tapi tak tau nak wat apa..FB pon kosong je time-time gini..sume tengah diulit mimpi kot..hehe..so apa lagi, aku pon bukak la blog wat entri ni..tak tau nak tulis apa, aku nak tulis tentang keadaan awal pagi..actually, aku suka dengan suasana awal pagi macam sekarang ni even bosan sikit la..tenang je.. aku boleh dengar bunyi kenderaan yang kadang-kadang melalui  main road yang kira-kira 200 meter dari rumah aku..maknanya keadaan begitu hening sekali sebab kalau siang confirm tak dengar punya..tadi aku bukak tingkap ambik angin luar..amat sejuk dan paling penting sangat fresh..lain benar rasanya dengan angin di waktu lain..waktu macam ni jugak aku suka study kalau aku tengah belajar, sebab aku rasa senang masuk tapi dengan syarat aku masuk tidur pukul 9 la..haha..awal pagi memang best, tenang..ada yang kata time macam ni oksigen banyak disekeliling kita menyebabkan kita berasa segar tapi biasalah, bisikan dan ajakan syaitan yang selalu membuat kan kita lena sampai melewati matahari terbit untuk meninggalkan subuh..huhu..awal pagi juga sesuai untuk kita melakukan solat-solat sunat dan berdoa kepadaNya..so, kalau tidur awal, jom kita enjoy dan manfaatkan waktu awal pagi..hehe..

p/s: dengar lagu pon best gak..tapi bukan lagu sakit jiwa r...lagu-lagu slow...  =)