Syukur..result dah pon kuar..lega..tak la cermerlang, gemilang dan terbilang atau mega menurut kata sesetengah orang kan..tapi cukup la sekadar nak menempekkan diri di semester hadapan...alhamdulillah..sesungguhnya kita harus bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepada kita kan..hehe
Result kali ni dihantar melalui email personal para pelajar..maknanya tidak timbul lagi soal server down dan traffic jam di portal utama pelajar seperti sem-sem yang lepas..sangat lancar dan sistematik sistem yang baru diperkenalkan ni..tahniah la uitm..bukan apa, at least tak de la cacian dan rungutan dari pelajar-pelajarnya sendiri bila sistem baru dan efektif macam ni digunapakai..semua tenang je, dah la stress nak dapat result, portal jam, mau ada yang bakar komputer silap-silap..hihi..
erm..kepada yang berjaya, tahniah diucapkan, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi dan kepada yang gagal, teruskan perjuangan sehingga lulus..aku termasuk dalam kategori orang yang perlu lebih berusaha di semester depan memandangkan hanya tinggal lagi 3 sem nak grad..nanti tak dapat nak naik kan pointer akhir pulak..huhu..
Then cuti pon dah makin sikit, maknanya otak dah boleh di switch kan balik kepada mood study..kalau berterusan begini, nanti tak de momentum pulak bila sem dah bermula..tapi, kena get ready for a task dulu next week iaitu menjadi tourist guide sebab ada kawan nak datang rumah. Dorang dari Sabah dan nak jalan-jalan kat Perak sempena cuti sem ni..nanti aku buat entri untuk ni ye..salam..
tahniah..teruskan menuju kejayaan..
ReplyDeleteterima kasih..mudah-mudahan hendaknya
ReplyDelete