Sunday, December 11, 2011

Impian Yang Tak Mungkin Jadi Kenyataan

Salam..

Entri pada kali ini agak kelaut sikit..ke laut?? haha..maksud saya agak lain sikit dari biasa. Entri ini diinspirasikan dari pengalaman diri ini yang punya satu impian yang mungkin tak akan menjadi kenyataan. hehehe...

Entri ini ditulis bukanlah untuk saya menceritakan impian yang saya impikan itu kerana saya tidak mungkin akan berkongsi cerita mengenai impian itu kepada khalayak dan umum. Namun, tujuan saya menulis entri ini ialah untuk memberitahu kalian bahawa tidak salah untuk kita mempunyai impian yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Benar kan??

Impian selalu tercipta apabila kita menginginkan sesuatu yang lebih baik atau pun yang belum kita miliki. Walau bagaimana pun, kadang kala sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari memasang impian yang menggunung dan melangit walaupun kita sedia maklum kita tidak mungkin dapat mencapainya dalam apa jua cara.

Namun, seperti yang telah saya ulang dan ulang, tidak salah bagi kita untuk menyimpan impian berkenaan. Hal ini kerana saya percaya setiap yang kita fikir dan impikan itu mencerminkan betapa bersemangat, kreatif dan juga yakin nya kita pada diri sendiri walaupun kita sedar akan kebolehan kita. Jadi, ia masih lagi sesuatu yang positif, bukan??

Justeru, yakin kepada diri sendiri amat penting kerana jika bukan kita yang yakin, siapa lagi? Namun, jika impian itu membuat kita hilang waras, hilang petimbangan dan juga hilang harga diri serta berlaku perkaa yang membawa kerosakan dan kemusnahan, haruslah impian tersebut dilupakan dari ingatan.

Sekian...
terima kasih untuk teman saya ke laut...hehehe!!!  =P


2 comments:

  1. Gilerlah... Post ni gaya bahasanya serius. Walaupun ke laut sikit, tapi I like. Haha.

    ReplyDelete
  2. haha..try nak tulis formal sikit..LoL =P

    ReplyDelete