Petang yang kering...kering kontang..dah 3 hari tak hujan..tapi panas bukan main kuat lagi..dugaan...
Cuti pulak semakin nazak...menghitung hari nak balik ke Kota Bharu, Kelantan...waaaa... !__!
hurm...tak tau nak tulis apa actually tapi sebab nak update entries, I have to write something..
Ooh ya, kebelakangan ni ramai yang bercakap isu pilihan raya..hurm...duh!
yup! I don't like to talk or discuss about this thing tapi sebagai seorang yang da layak mengudi *cewah!* dan juga sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, rasanya kena lah juga kita ambik 'pot' or ambik tahu dalam isu ini..betul tak??
Seperti sedia maklum, lazimnya pilihan raya akan diadakan apabila parlimen dibubarkan oleh parti yag memerintah..siapa lagi kalau bukan Barisan Nasional dibawah pimpinan Perdana Menteri. Apabila bubar, baru lah kempen dan penamaan calon akan diadakan..
Tapi, saya tak tahu nak undi siapa..sebab?? biarlah rahsia..kalau saya cakap pon nanti ada yang suka ada yang tak suka..ada orang BN, ada orang PR..so, biarlah saya je tahu..tapi secara umumnya saya rasa politik di Malaysia tidak sihat..banyak sangat drama, konspirasi dan juga permainan kotor dari pelbagai pihak semata-mata mahu menjadi pemerintah..saya tidak juga menafikan bahawa ada juga kebaikan yang dibawa hasil dari pemrintahan kerajaan sedia ada dan juga dari sumbangan parti pembangkang..tapi apabila banyak perkara yang tidak elok dijadikan bahan atau alat untuk meraih sokongan dan juga menjatuhkan pihak lawan, maka kesan buruk akan lebih ketara dan juga berpanjangan serta memberi kesan kepada masa depan negara.
Undi saya adalah rahsia..mungkin juga saya tidak mengundi..saya hanya telah mendaftar sebagai pengundi yang sah. Hal ini perlu kerana statistik pengundi amat penting buat SPR dan juga pihak kerajaan mahu pun pembangkang untuk mengetahui prioriti mereka dikawasan tersebut. Janganlah kita langsung tidak bertanggungjawab terhadap negara dengan mengamalkan sikap lepas tangan dan tidak ambil peduli. Namun, untuk undian, biarlah kita memilih calon atau parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan juga ikhlas berkhidmat untuk negara. Janganlah kita mengundi mengikut perasaan atau di bawah pengaruh orang lain.
Namun amat sukar untuk saya tentukan pilihan yang terbaik kerana pada amatan saya tiada lagi calon-calon atau parti-parti yang benar-benar memperjuangkan rakyat, khususnya bangsa dan agama saya..mereka hanya sibuk memburukkan dan menjatuhkan antara satu sama lain..munginkah kuasa, pangkat, pengaruh, duit atau harta yang menjadi target?? atau mungkin mereka betul-betul ingin membongkar ketidaktelusan, kepincangan, kerosakan, kemungkaran dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan?? sama-samalah kita menilai dengan bijak demi masa depan negara, bangsa dan agama.
Ok lah, cukup lah sampai disini saja..Malaysia tidak membenarkan kebebasan suara sepenuhnya dan saya menghormatinya..hal ini kerana saya juga tahu kesan dan akibat jika kebebasan ini disalahguna sehingga mencetuskan huru hara dan keadaan tidak aman di negara ini..walaubagaimanapun, biarlah pihak-pihak berkuasa berlaku adil dan saksama dalam menguatkuasakan undang-undang ini..janganlah hanya nampak suara melampau itu datang dari satu-satu pihak sahaja..sesungguhnya, Allah murka kepada mereka yang tidak berlaku adil dan zalim.. wallahualam..
jom teman saya siram pokok bunga yang dah layu dek bahang mentari... ^_^
No comments:
Post a Comment