Anda pernah dengar lagu "ngetop" ini ?? hehe..okeh, mari kita nyanyi sama-sama..1..2..3 !
Lirik lagu Wali - Cari jodoh :
Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
reff:
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karena cuma diriku yang tak laku-laku
SEDAP bukan?? RANCAK kan?? rasa nak nyanyi lagi SEKALI ??? hehehe... =P
yup!, itu lah apa yang kita fikir atau rasa apabila mendengar lagu yang boleh dikatakan halwa telinga ini. Kepada yang tak suka tu, saya kurang pasti apa sebabnya. Bagi saya pula, saya memilih untuk berkecuali.
BERKECUALI ???
Ya.. saya memilih untuk berkecuali, kerana saya memang suka akan rentak dan susunan muzik lagu ini. TETAPI, saya kurang menggemari bait-bait ayat atau pun lirik yang terkandung dalam lagu ini.
Baiklah, pertama sekali entri ini bukanlah hanya mengenai lagu ini sahaja. Ia sebenarnya sebagai mukadimah untuk saya memulakan bicara akan topik 'JODOH' ini. Disini saya akan menjustifikasikan mengapa saya mahu bercakap topik yang sentiasa malar segar ini.
Kebelakangan ini keluarga saya, bermula dari nenek, datuk, ibu, bapa, saudara mara serta sahabat handai dan orang-orang kampung serta diseluruh negara mungkin, sibuk memperkatakan soal jodoh. Mentang-mentanglah sekarang ini musim cuti, musim kenduri kahwin, jadi banyak lah yang bercakap soal ini.
Namun, dalam kita sibuk memperkata dan berbicara soal jodoh, kahwin, nikah, pertunangan, hantaran, dan sebagainya, kita juga tidak lepas dari mendengar atau terdengar atau bercakap soal orang yang lambat jodoh. Orang lambat jodoh atau belum bertemu jodoh ini selalu dijadikan bahan penyedap cerita atau gossip panas di sekitar kawasan atau acara-acara perkahwinan.
Di sini saya membantah sekeras-kerasnya perbuatan yang tak bertamadun lagi tak berperikemanusian ini. Haaa...keluar dah ayat mahkamah aku selepas ayat skema kat atas ni..haha.. ok, kenapa saya bantah?? sebab nampak sangat perbuatan ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah, air muka, martabat orang yang dicakap/digossipkan itu. Namun, kalau kita bercakap benda tu di pasar raya atau di tepi laut, I don't care! I don't even give a damn!!
TAPI....
kenapa mereka dan mungkin anda semua bercakap tentang orang-orang lambat berkahwin atau yang belum bertemu jodoh itu di acara-acara perkahwinan, acara pertunangan, majlis persiapan atau rewang dan sebangainya.. apa motif nya???
Saya menulis entri ini kerna saya telah banyak kali merasai atau berada dalam atau berdekatan situasi ini. Walaupun saya bukan golongan orang yang diperkatakan tetapi cukup berdesing telinga apabila mendengar atau terdengar perihal ini. Maish ramai manusia yang gemar menjaga tepi kain orang lain dengan menjaja kisah -kisah seumpama ini dengan nada simpati dan sinikal, seolah-olah cuba meraih belas ihsan orang ramai. Perlu ke??? what the hell are you doing? wartawan bersamamu kah??
Sebenarnya saya malas nak membebel atau pun mengarut di sini sebab ramai dah pun tahu dan dah muak dengan isu ini. Andalusia, andartu, kertu dan macam-macam lagi label yang diguna pakai oleh masyarakat untuk memaggil golongan berusia yang belum berkahwin ini . Daripada label-label berkenaan, kita boleh mengatahui betapa kuatnya stigma atau pun persepsi masyarakat kepada golongan terbabit. Betul??
Oleh itu, saya harap masyarakat terutama Orang MELAYU boleh membetulkan sikap mereka yang agak keterlaluan dalam soal ini. Saya masih lagi tidak dapat terima alasan "kami nak uar-uarkan je cerita ni supaya boleh dia dapat jodoh cepat" atau "bukan apa, kami kesian kat dia". Please la makcik-makcik...tak de maknenyerrr... Kalau anda semua kasihan atau bersimpati atau nak rasa bertanggungjawab, anda hanya perlu jaga aib mereka walau pun saya tak anggap tidak berkahwin itu sebagai satu aib. Kan???
Jadi, menyentuh soal lirik lagu di atas pula, seharusnya orang yang belum bertemu jodoh ini sabar dan teruskan usaha dan ikhtiar untuk mencari dan bertemu jodoh anda. Jangan terdesak dengan melelong diri sendiri dan juga menyalahkan orang lain atau pun Tuhan dalam ujian ini. Mereka juga jangan cepat melatah sekiranya berdepan dengan masyarakat yang menghukum sebaliknya bersabar dan berdoa agar dilindungi Allah dari fitnah dan maksiat.
Saya selalu berdoa agar semua manusia bertemu jodoh yang ditetapkan Allah kepada mereka, ameen...saya juga berdoa agar orang-orang yang selalu melakukan umpat, fitnah dan sebagainya dapat bertaubat sebelum terlambat.
Pergh! Topik yang aku suka! Aku nampak tulisan ko semakin bersemangat. Keep it up! =)
ReplyDeleteahhaa..tQ again..haha..topik ini di-inspired dari kejadian yang aku lalui baru2 ni..ada orang compare2 kakak2 sedara aku dpn aku..ada yg cepat kawin, ada yg lambat..ada yg xkawin2 lg..so, aku rasa tak larat da dengar..for me, it's so annoying kot.. huhu
ReplyDelete