Sekarang ni musim hujan kan..sampai banjir-banjir di sesetengah tempat hari tu.. my hometown ni pon tengah hujan jugak..sejuk je malam ni..best tidur ni tapi sebab dah ada blog, tak nak la tido awal sangat..hehe..hurm..bercakap soal hujan ni, aku teringat status seseorang di facebook 3 hari lepas..dia marah-marah sebab hujan sepanjang hari tak stop2 katanya..hurm..aku mula-mula nak abaikan tapi aku tak boleh nafikan yang aku rasa terkilan sikit sebab ada juga orang yang tak paham dengan hal-hal macam ni. lepas tu, boleh pulak tanpa segan silu post status yang kelihatan menghina benda kurniaan Allah ni, bertambah malang siap berdebat lagi dengan nasihat-nasihat yang disampaikan..aduhai..
Aku malas nak komen kat status dia tu..nanti gaduh pulak, karang lebih-lebih dia kata aku nak jadi ustaz or tok imam..hehe..dah la dia tengah bengang sangat dengan hujan tu, kawan-kawan rapat yang nasihatkan dia pon kena hangin dia balik..so lantak ko la..yang aku tau budak tadika islam kat pekan tu pon tak selancang dia mempersoalkan tentang hujan dengan cara tak rasional macam tu..dah tu, siap mencarut lagi..hurm..
ok lah, malas nak mengata tapi sekadar nak berkata-kata je, yang kita sebagai HAMBA ALLAH ni seharusnya bersyukur atas segala kurniaan dan anugerah dariNya especially hujan..kenapa? sebab hujan adalah rezeki..REZEKI ye..ni bukan aku yang cakap, tapi Allah yang kata dalam ayat 57 surah Al A'raf yang bermaksud,
"Dia lah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya(hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."
So, jangan la keji dan hina hujan ok..kalau tak tahan sebab sangat sangat-sangat tak suka pon, simpan la dalam hati..ok..betol jugak kata sesetengah orang yang hujan lebat boleh sebabkan banjir, aktiviti seharian terjejas dan lain-lain. Tapi kalau tak ada hujan langsung..amacam? tak kan kot? Malaysia selalu hujan eh..jangan... sebab dah tercatat dalam ayat 18, surah Al Mukminun yang ertinya,
"Dan Kami turunkan air dari langit dengan suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan Kami pasti berkuasa melenyapkannya."
hurm..aku bukan nak buat ceramah agama kat sini tapi sekadar ingat mengingati perkara yang basic ni..ok kan...hehe..tak pe, biar la kereta kotor dek air hujan, rumah tenggelam dek banjir atau pendapatan terjejas disebabkan hujan, cuma anggap itu ujian-ujian darinya dan dah dikatakan hujan itu rahmat, maka rahmat itu akan datang kepada kita kemudiannya..peace...
p/s: nak sangat orang yang marah-marah tu baca benda ni..hehe..sejuknya..nak tido la sambil dengar lagu Hujan..mampu?
i like.
ReplyDeletetul2. tak yah la persoalkan kuasa Allah itu.
:)
I like it when its raining...
ReplyDeletesedap je kalo tido... ^^
nad> btol2..redha aje..
ReplyDeletedewi> kan..enjoying the rain..