Friday, December 10, 2010

alhamdulillah...

Syukur..result dah pon kuar..lega..tak la cermerlang, gemilang dan terbilang atau mega menurut kata sesetengah orang kan..tapi cukup la sekadar nak menempekkan diri di semester hadapan...alhamdulillah..sesungguhnya kita harus bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepada kita kan..hehe

Result kali ni dihantar melalui email personal para pelajar..maknanya tidak timbul lagi soal server down dan traffic jam di portal utama pelajar seperti sem-sem yang lepas..sangat lancar dan sistematik sistem yang baru diperkenalkan ni..tahniah la uitm..bukan apa, at least tak de la cacian dan rungutan dari pelajar-pelajarnya sendiri bila sistem baru dan efektif macam ni digunapakai..semua tenang je, dah la stress nak dapat result, portal jam, mau ada yang bakar komputer silap-silap..hihi..

erm..kepada yang berjaya, tahniah diucapkan, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi dan kepada yang gagal, teruskan perjuangan sehingga lulus..aku termasuk dalam kategori orang yang perlu lebih berusaha di semester depan memandangkan hanya tinggal lagi 3 sem nak grad..nanti tak dapat nak naik kan pointer akhir pulak..huhu..

Then cuti pon dah makin sikit, maknanya otak dah boleh di switch kan balik kepada mood study..kalau berterusan begini, nanti tak de momentum pulak bila sem dah bermula..tapi, kena get ready for a task dulu next week iaitu menjadi tourist guide sebab ada kawan nak datang rumah. Dorang dari Sabah dan nak jalan-jalan kat Perak sempena cuti sem ni..nanti aku buat entri untuk ni ye..salam..

Thursday, December 9, 2010

Ia datang lagi...

ia datang lagi...macam selalu..membawa berita suka dan duka...tapi selalunya duka la untuk aku..huhuhu..
erm..apa dia?? apa lagi >>> result exam la...aku tak suka betul bila result nak keluar especially bila ada orang tulis status kat facebook tu "dah bole chech result!!!" or "alhamdulillah...syukur.." ...kalau keluar la status-status sebegitu, aku la orang paling tension di rumah ni..huhuhu...

seperti sem-sem lepas, server uitm memang akan jam dengan puaka nye..yelah sume result kuar serentak..so last-last sume tension depan skrin komputer menunggu untuk log masuk, pastu tak tentu lagi lepas untuk semak result..tapi finally, mana yang skor tu berbaloi la kan..yang tak? bertambah la sedey nye..huhu..nak buat macam mana kan..rezeki masing-masing...terima je la...

result sem ni sepatutnya kuar esok iaitu 10hb tapi aku tengok kat facebook tengah hari tadi, ada student uitm yang dah dapat check result..aku pon apa lagi terus la log in..tapi server jam..tak lama lepas tu terus hilang menu untuk check result peperiksaan..aduhai uitm..kejap ada, kejap tak de, kejap 10hb, tiba-tiba 9hb pastu hilang balik..hurm..malas komen lebih-lebih tapi rasanya pihak terbabit wajar memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan benda yang dah jadi norm ni dari terus berlaku saban sem supaya ketensionan pelajar dapat dikurangkan...

p/s: takut nak tau result...tolong !!!

Tuesday, December 7, 2010

wah..makin banyak sawang nye la...ni la akibatnya kalau ikut orang..orang nak buat blog, aku nak buat blog, last-last blog bersawang..huhu..actually aku tak de benda nak tulis pon kat sini..tambahan pulak 2-3 hari ni aku sibuk berjalan dengan family dan buat kerja lain kat rumah ni..ada masa blogging pon dihabiskan untuk membaca entri-entri bloger lain yang jauh lagi best dan meletop..haha!

hurm..cuti pon makin sikit je tinggal..ni yang buat aku jadi sedey ni..mengalahkan sedey result yang bakal keluar 3 hari lagi..ayoyo! tak tahu la macam mana...yang pasti aku tak perform sangat hari tu..sekarang baru takut..tapi aku nak cuti...I mean nak lagi...tolong la bagi sebulan je lagi...tolong....huhuhu T__T

malam ni ingat nak keluar dengan kawan-kawan tapi suddenly tak jadi sebab ada antara dorang yang ada keje plulak...huhu..ada je halangan nak keluar ber-ramai-ramai..penat arrange gathering tapi selalu tak jadi..huhu...tak pe la, maybe tak de rezeki..nak buat macam mana kan..hurm..aku sekarang makin besar..sangat 'sihat' ye..waaa...aku dah makin gemuk...badut gemuk yang buruk..  =(

huhu..hurm..huh...hurm...apa lagi eh nak tulis..aku dah kemarau idea...erm....dah la kot..perut pon dah full to the fullest...ingat nak tido awal lah malam ni...chow~~~

Saturday, December 4, 2010

SAWANG!

haha..dah mula bersawang blog aku ni..huhu..kering idea nak tulis..err..actually aku tak de masa...lately I'm too busy with my family and I'm not staying at home too..but I have predicted this thing will be happened sooner or later..especially when the new semester begins soon..hurm..currently, I'm having my long holidays so I just trying this new activity and it seems interesting rather than facebooking alone..huhu..

I think it is enough for now..have no idea yet..feel sleepy too in this cloudy and cold afternoon..damn! my pillow sort of waving at me..I like its smell...haha..bye! zzzz....

Thursday, December 2, 2010

ada je yang nak malang....

huh...malang betol aku petang ni tadi...dah la penat, duit lagi melayang..huhuhu..ni semua gara-gara kecuaian...nak tau apa yang berlaku? tayar kereta aku masuk longkang...xboleh kuar pulak tu...memang @#@! betol la..

macam ni citernye, jalan yang aku lalu tu sempit..memang boleh celus sebijik kete je..tepi jalan tu pulak semak samun..sampai je aku kat lorong kecik tu, tiba-tiba ada sebuah pajero yang besar ni nak berselisih dengan aku..aku ni dengan bermurah hati bagi la jalan kat MURANO yang tak tau sikit pon nak slow-kan kete dia yang bapak besar lagi mewah tu..aku ni cuba la makin rapat ke tepi sebab aku tengik dia menuju laju ke arah kereta aku..tak perasan siapa pemandunya pon..

Dan pada masa yang sama aku tak tau yang semak samun tu rupa-rupanya perangkap! dibawah daun rumput hijau menyubur tu ada longkang sedalam 1 kaki dalam! ..dalam tu..memang tenggelam baik punya tanyar kete aku tadi bila aku lalu kat atas rumput tepi tu...huhu..apa lagi, tejerlus la..terkejut aku..panik giler time tu...jenuh la aku dengan adik aku nak kuarkan tayar tu tapi usaha kami sia-sia sebab longkang tu agak dalam dan sempit..so tayar memang tak boleh gerak seinci pon..  =(

ramai je orang lalu lalang kat jalan tu tapi semua pakat tengok je..ada mungkin bersimpati tapi masih tak de yang nak berhenti bertanya..tak pe lah, tak de rezeki...tapi yang paling aku terasa, bila seorang lelaki MELAYU ni boleh memperlahankan motor dia sambil jelas tersenyum sinis tengok aku dengan adik aku yang dah cuak time tu..mungkin sangat lawak pada dia~hurm... maybe lawak sebab longkang tu dah jelas after my car masuk tapi tadi?? dan mungkin kalau dia nampak nissan murano yang laju lagi besar tu, maybe dia rasa kurang lawak..atau mungkin gelakkan orang dalam kesusahan tu nikmat rasanya...

lepas tu bertambah malang lagi..lepas stuck kat situ lebih 20 minit tanpa sebarang bantuan dihulurkan..aku last-last decide nak call lori on tow tu ntuk tari kereta aku tiba-tiba phone pulak kong! memang syial..huhuhu...tapi, entah tiba-tiba ada sorang uncle INDIA ni dengan baik hatinya berhenti memberi bantuan..biar pon agak berumur dan TAK semuda lelaki MELAYU yang tersenyum tadi, dia sanggup singgah sekejap bertanya apa yang dah jadi..dia cadangkan aku dengan dia cuba angkat depan kereta tu dan adik aku main stereng...las-last gagal jugak...

Nak dijadikan rezeki, ada la sebuah cengkadak/beck-ho lalu kat jalan tu..tanpa ditahan, pemandunya seorang CINA terus berhenti memberi bantuan dengan segera..dia nak tarik kete aku dengan beck-ho dia guna rantai besar...akhirnya berjaya sebab beck-ho tu memang kuat la kan...tapi  pulaknye rantai pulak putus! tapi kete dah berjaya naik jalan balik..fuhh! so kena la ganti rantai tadi yang dah terputus..takkan orang dah tolong kita nak buat kering je kan..rantai tu pon agak panjang dan tebal..bukan tarik biasa tapi tarik kete tersekat, memang putus la..aku tanya nak bagi berapa dia kata ikut aku lah..hurm~mana aku tau harga benda tu. last-last dia mintak 30ringgit kalau bole, aku pon malas la nak tawar dah..letih sangat..tak pe lah, aku bayar je sebab aku tau tantai tu kalau nak beli pon mau lebih dari 30ringgit...memang tebal dan panjang..so aku bayar harga 2nd hand je la kiranya...huhu..melayang duit aku...

tapi uncle INDIA yang tolong aku tadi tu dah hilang time aku discuss dengan driver beck-ho tadi..kalau tak bole la belanja minum ke..nak tunjuk betapa aku sangat-sangat menghargai pertolongan dia bukan apa, letih dia cuba nak alihkan kete tu..dah tu, kotor pulak baju dia sebab kat sini hujan renyai..so tanah lembik dab berlecak..hurm..malas nak tulis lagi..tak ada mood..ni pon sebab masih lagi rasa menyesal kuar dalam hujan-hujan petang tadi...harapnya mood ok balik..insyaAllah..

p/s: Aku selalu support bangsa aku.. (g kedai runcit Melayu, klinik Melayu, penjual ikan Melayu.. dll yang Melayu)..tapi kadang-kadang Tuhan mungkin nak tunjuk yang ada dari kalangan bangsa lain yang sudi menolong aku dalam kesusahan dan sesetengah bangsaku sendiri hanya melihat dan tesenyum sinis je..bukan nak menghina Melayu, malah aku bangga jadi orang Melayu dan memang ramai lagi org Melayu yang baik di luar sana..tapi kejap tadi itulah realitinya...  =(

my favourite ever ! ! !

Aku ni suka makan seafood tapi aku ada sinus..abis la menderita kulit, hidung dan mata aku tiap kali aku tibai makanan laut dalam kuantiti yang banyak..contohnya macam semalam..aku tak dapat menahan nafsu makan aku yang berhantu ni..geram aku tengok ketam-ketam bunga besar-besar kat tesco tu..yang tak masak lagi pon aku geram giler tengok..segar bugar! kalau dah masak lagi r...so sebab geram punya pasal, aku pon rembat la 2kg ketam tu..ingat nak masak my favourite cuisine la which is KETAM CILI aphyx style...siap berapi bila makan..haha..

OK, dont waste more time, mari kita tengok bahan-bahannya:



>gambar ni aku guna handphone cam je..malas nak tunggu 30min lagi...haha..sampai masuk laptop aku dalam tu..ye lah, nak brFB dan brBLOG kat dapur..hehehe~

bahan utama:
-ketam 2kg  (cadangan je..nk 10kg pon bole..sekor pon xpe!)

bahan goreng:
-2 sudu besar serbuk kunyit  (ikut suka pon bole)
-1/2 sudu besar garam  (nak letak sesenduk pon xpe,tapi MASIN lerr)
-3 biji cili padi (tak bubuh pon ok!, nak bubuh seKG pn ok!)
-nak tambah rempah-rempah pon bole..kalau nak goreng rempah..

bahan untuk sos cili:
-2 ulas bawang kecil
-1 biji bawang merah besar
-1 biji bawang bombay
-4 ulas bawang putih
-segenggam cili kering (xtau exactly quantity, ikut suka pon bole)
-2 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar sos tomato (sos cili ok!)
-sebatang serai (diketuk!)
-1 cm halia
-sebiji tomato dipotong 4
- cili hijau (buat berkat..)
-gula dan garam secukuuuuup rasa! hehe..

langka-langkah:

1) lumur ketam dengan serbuk kunyit, garam dan cili padi yang dipotong sehingga rata..kemudian goreng dalam minyak panas dan banyak..(deep fry)

2) Bled bawang kecil, bawang merah besar, halia dan cili kering yang telah dicelur sehingga lumat.

3) Panaskan minyak sedikit, tumis bahan yang di blend tadi sehingga naik bau..masukkan bawang bombang dipotong 4 serta serai dan tomato.

4) Masukkan sos tiram, sos tomato/cili, gula dan garam secukupnya..

5) Tambahkan air sedikit dan letak sekeping asam keping (tak letak nak pon xpe)

bila dah masak, tuangkan sos cili atas ketam goreng tadi..walla!!!!! aku lapar balik dah...xsuka la tulis tentang makanan sedap gini..ok, nak pegi makan balik...

p/s: selamat mencuba!..kalau aku datang rumah korang, masak la benda ni ye..hehe..(muka x malu)

Wednesday, December 1, 2010

awal pagi...

adeh..susah nak tido la pulak bila dah terjaga nih..dah makan, dah solat tapi tak tau nak wat apa..FB pon kosong je time-time gini..sume tengah diulit mimpi kot..hehe..so apa lagi, aku pon bukak la blog wat entri ni..tak tau nak tulis apa, aku nak tulis tentang keadaan awal pagi..actually, aku suka dengan suasana awal pagi macam sekarang ni even bosan sikit la..tenang je.. aku boleh dengar bunyi kenderaan yang kadang-kadang melalui  main road yang kira-kira 200 meter dari rumah aku..maknanya keadaan begitu hening sekali sebab kalau siang confirm tak dengar punya..tadi aku bukak tingkap ambik angin luar..amat sejuk dan paling penting sangat fresh..lain benar rasanya dengan angin di waktu lain..waktu macam ni jugak aku suka study kalau aku tengah belajar, sebab aku rasa senang masuk tapi dengan syarat aku masuk tidur pukul 9 la..haha..awal pagi memang best, tenang..ada yang kata time macam ni oksigen banyak disekeliling kita menyebabkan kita berasa segar tapi biasalah, bisikan dan ajakan syaitan yang selalu membuat kan kita lena sampai melewati matahari terbit untuk meninggalkan subuh..huhu..awal pagi juga sesuai untuk kita melakukan solat-solat sunat dan berdoa kepadaNya..so, kalau tidur awal, jom kita enjoy dan manfaatkan waktu awal pagi..hehe..

p/s: dengar lagu pon best gak..tapi bukan lagu sakit jiwa r...lagu-lagu slow...  =)

Tuesday, November 30, 2010

gitu lah..tak serik-serik, 'si kerapu sweet sour' ...

confuse? haa..atas tu ada 2 tajuk la...hurm..aku buat lagi..tak pernah serik-serik aku ni..ingat hari ni nak duduk rumah dengan spending time with my lovely garden, my cute fishes and blogging..tapi tak de maknanya sebab pukul 9 tadi after breakfast, aku tetiba rasa nak pegi berjalan lagi..kebetulan pulak mak aku nak pegi beli barang, so apa lagi, start enjin, press minyak dan vRooooom! hahaha..

hari ni aku pegi ipoh jalan-jalan beli barang..tapi bukan shopping..duit xdok..window shopping aje..mak aku pon dah dapat barang yang dicari so kami pon pulang ke rumah terus..malas nak duduk lama-lama kat sana..ni baru je sampai..ok la malas nak 'gebang' lebih sebab aku pon tak nak citer  sangat apa yang aku buat pagi tadi kat Ipoh..so lets go the main thing now..like I said before, I want to give the recipe that I cooked yesterday for my family..resepi ni biasa je tapi pada aku yang baru nak menceburkan diri dalam arena masakan ni kira special la..jangan gelak ok! hahaha~

KERAPU SWEET SOUR aphyx's style...tu la menatang nye..ok, stop laughing! erm..slain kerapu, aku masak sekali SIAKAP sebab ayah aku gemar ikan ni..kuah sama, ikan je lain..so kira aku masak kuah sweet sour la..ada paham? hehehe... ok lets we view the ingredients..



(ya ampon! 30 minit nk upload gambar nih..aku beli yang real pon kejap je..huhuhu)

so, dah nampak bahan-bahan di atas..isi ikan kerapu, ikan siakap yang dilumur kunyit dan bahan-bahan untuk kuah sweet sour tuh..

6 ulas bawang merah dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
cili hijau dan merah dipotong serong
halia 1 cm dipotong halus
1 serai dimayang
tomato dibelah ikut suka..haha
sos cili dan sos tomato
sedikit tepung jagung
isi nenas dalam tin bagi yang malas nak potong nenas..yeah!
daun bawang dan sup utk tabur sana sini..xde pon ok..
daun salad untuk hias..xde lagi bagus, xsemak..hoho

-boleh gak nak tambah carrot ke, timun ke, bawang beso ke..jangan tambah coke sudah..nanti 'high'~haha..

goreng ikan(tambah tepung bole, kunyit saja pon boleh) ..tumiskan bawang, halia, serai, cili sume-sume tuh..pastu masuk 3 sudu sos tomato, 2 sudu sos cili, secawan kecik air dan sikit tepung jagung..kalau rasa nak masam tambah sos tomato lagi..then lastly, garam, gula seta sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah, tambahkan isi nenas/carrot/dll...dah masak, tuang atas ikan tadi..dah siap..simple kan..

p/s: aku tak ikut sangat resepi, aku main buat je..pastu nanti adjust la ikut selera kita..nak pedas taruk cili, nak masam taruk cuka..contohnye kan..haha..

TerTIDUR jua akhirnya.., T_T

(   >>> ahhh...letihnye!..what a hectic day..dari pagi sampai la ke malam tak henti-henti buat kerja...dari jadi supir sampai la jadi bibik..sume aku sapu bersih..hahaha..mampu?? ish..mesti la mampu kan..kerja biasa je pon..sume orang reti buat..tapi yang tak menahannya, keletihan tu..rasa nak 'tersepuk' (tido mati dalam logat Perak) dah ni..tapi tak boleh sebab aku baru tersedar yang blog tak update lagi..alamak!!

So before aku tidur, ni la entri aku untuk hari ni..makin lama makin sikit entri..haha.ni pon belum masuk sem depan..kan..jangan bersawang nanti sudah..haha..hari ni pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab aku baru teringat aku belum bubuh baja kat pokok-pokok di gardenKu..lepas sesi membaja dan berkebun sikit, aku terus siap hensem-hensem nak pegi tesco Taiping..mak aku ajak pegi sebab dia nak beli barang dapur..so kena la drive ke sana..

Sampai kat tesco Taiping, eh! tesco Kamunting la..silap..aiyoyo..tesco ni buat aku confuse je selalu sebab dia ni actually kat kamunting tapi sebab dekat je dengan Taiping. Then, Taiping tu  more prominent name berbanding Kamunting, so aku selalu tukarkan tesco Kamunting jadi tesco Taiping..haha! eh, melalut dah..so kat sana, aku tolak troli sebab adik aku letak jawatan hari ni..demam katanya..so, dia lepak je dalam kereta kat parking site tu..job dia aku la kena buat..termasuk menolak troli..aarrgh...hehe

Aku memang tak suka tolak troli sebab aku lemah sikit skill nak control troli tu especially kat tempat yang sempit dan ramai orang, sure akan berlanggar sikit nanti..huh! memang dah kena pon tadi..jenuh la kata sorry kat aci yang aku langgar tadi..huhu..sikit je, aci tu yang over..haha! Dah selesai beli barang, kita orang pon balik la rumah..NOT! bukan ye..tak balik rumah lagi..pegi giant pulak..punya la beso tesco tu pon tak cukup lagi..hurm..

Nasib la tak lama sangat kat giant tu..penat..kat situ ak )......>>>  ni la post aku semalam yang KUNUNnye nak dipost sebelum tidur..last-last hambik ko! aku tertidur!! time tengah type post pulak tu..huhuhu..dengan laptop terpasang, lampu terang benderang aku 'tersepuk' terus..tak sedar apa-apa pon..dream nothing too because I'm damn tired..seriously..rasa pelik je bangun pagi ni..jenuh nak ingat apa yang berlaku sebelum kau tidur last night..macam orang hilang ingatan nak recall ingatan..haha!

Citer semalam tu tak abis lagi kan.., balik dari Taiping tu, aku kena run errand for some business lagi termasuk ke hospital, kedai rucit dan kedai ikan..lepas tu menjelang lewat petang, turun ke dapur pulak!! haaa...dalam penat dan sibuk tu nak masak jugak tu..sebab dah janji dengan famili nak masakkan something special for dinner..nanti aku bagi resepi masakan tuh..hehe..lastly, update blog tapi ni je aku fail habiskan sebab dah habis energy... tup2!!, aku bangun tengok jam pukul 6.50 dah..nasib baik sempat subuh lagi..huhu..

p/s: berbaktilah kepada keluarga kita ye..penat macam mana sekali pon akan setimpal dengan kepuasan yang diperoleh  dan juga ganjaran dariNya, InsyaAllah~ n of coz, don't sleep while blogging..huhuhu...

Sunday, November 28, 2010

aiyak!! nak g mana eh??

hari ni a little bit bosan la sebab dah tak de apa nak buat..agaknya nak seimbangkan kepenatan semalam yang sampai sakit-sakit satu badan tu kot..sampai kena makan panadol extend ko! nasib dah ok balik..ngeh3..tapi menjelang tengah hari ni dah dapat pulak penyakit lain iaitu~ BUSAN...hohoho...

nak jalan pegi mana pon, aku dah tak tau..taiping baru pegi last week, ipoh baru pegi kelmarin dan semalam..huhu..ingat nak pegi lumut dan majong pulak...tapi parents macam tak suka sangat tempat-tempat gitu..ramai orang katanya..tapi kan hari ni SUNDAY, mesti la sibuk..kat kampong aku pon ramai orang..orang sume holiday..mak cik jual nasi lemak depan simpang depan tu pon cuti..sebab aku tak nampak pon dia tadi..so kena redah je la, kalau nak tunggu orang tak de, kena tunggu pagi hari sekolah r..mampu??

tapi berita baiknya dengar citer, lepas asar karang ingat nak kuar satu famili..tapi tak decide lagi destination-nya..jangan sampai aku gile cukup, nanti aku terus je drive kete tu sampai Penang ke..Perlis ke..tak pon ke Serdang yang ada MAHA tu kan..sape bole stop aku, stereng tu aku yang pegang..wahaha! memang giler...
ok r, nak pikir jap tempat yang best..tempat yang dekat-dekat dulu untuk diterokai...chow chin chow~


p/s: Plan nak g kelantan tapi minggu depan kot..tak sabar la nak tengok maktab tu..hehehe

Saturday, November 27, 2010

BRUUURRPPPP....

huhuhu...hihihi...hahaha...happy stomach! happy stomach! kenyang gile weh...adeh..ni la akibatnya makan tak hengat dunia tadi...kenduri kan..so? takkan nak puasa kot..makan je la..makanan pon best-best...tak tunggu orang dah..tetamu ke, jempuan ke, sedar mara ke aku tolak semua ke tepi..tepi! tepi! aku nak nasi! hahaha..tak de la macam tu, gile ape orang kata nanti..

tapi aku memang suka makan kat kenduri..sebab aku suka gile makan nasi minyak..sedap dan berkhasiat woo..hehe..berkhasiat la sangat kan..makin tembam lagi ado..hihihi..tadi apa lagi, sampai 3 round aku sental nasi minyak yang panas lagi wangi tu..best! memang cukup sifat lah..agaga~ lauk pon sodap-sodap eh..ada ayam masak merah, daging masak hitam, jelatah/acar, lauk kampung macam ulaman, tempoyak dan banyak lagi la..wah! memang kaw lah..

tak cukup dengan tu, aku siap menempek lagi kat khemah pengantin..eh! silap, khemah bebudak VIP tu..VIP?? ala..bebudak yang bersunat hari ni la..VIP kelas 1 kot dapat layanan dari semua termasuk aku..jeles aku..hehehe...tapi ye la kan, aku dulu pon macam depa gak..so sekarang biaq pi la dorang..tempek punya tempek dapat la merasa hidangan pengantin...ada buah-buahan, ada udang goreng , ada ayam bulat, ayam pangang, puding, salad, coklat dan banyak lagi lah..malas nak tulis semua sebab nanti aku lapo balik..hihi..

lepas melantak, aku pon take a nap jap kat 1 sudut di rumah kenduri tu..bole pulak kan..ye la dah rumah bapak besar, so tak kan nak jajah satu sudut pon tak boleh kan..hehe..hurm..memang tak senonoh! tapi lepas tu, aku bangun sebab dapat ilham nak update blog..tadaaa!!! blog di tengah kenduri-kendara..hahaha~

p/s: bestnyer jadi tumpuan di hari kenduri..sunat dah..kenduri apa pulak lagi kan..hehe..so, rasa2nye kahwin la pulak kan..wakaka! gurau2 ajer..lambat lagi kot...  =P

aku BUSY ok...

busy..bz..buzy.... hari ni memag akan jadi busy walau pon aku masih lagi pakai lagi kain pelikat dan tak mandi lagi ni..hahaha..sebab apa?? sebab hari ni  2  adik sedara ku yang comel itu, EH?! kena tukar ensem dh kot, nak bersunat dah..so, kena la gi tolong wat persiapan kenduri dorang nih..kenduri ni bukan dibuat di kampung macam aku dulu tapi di rumah bapak sedara aku sebab senang kawan-kawan keluarga mereka dan dif jemputan lain untuk datang..ye lah, dorang semua pon dah lama duduk kat Ipoh tu, bukan doh oghang kole le katekan..so, kena la aku drive kereta ke Ipoh macam semalam jugak..fuhh! bz bz..hehehe..kalau dah busy mesti lah penat kan? haaa...memang pon!! semalam aku pengsan terus after solat Isyak lepas lepas tiba lewat malam semalam...huhuhu...hari ni, lagi la kot..so, >jemputlah ke kenduri tersebut di taman chepor indah, chemor..aku jemput bagi pihak dorang..ok! mak aku dah bising tuh suruh siap..need to go..bye!

p/s: i'm addicted now..tak sangka..tQ ye yang sudi jadi follower..sangat terharu..lagi terharu kalau korang sudi baca entry-entry aku jugak..hehe..

Friday, November 26, 2010

BIG N SCARY day..muahaha!

Tomorrow is going to be a meaningful day to both of my cousins because they are going to have a must-have event of every Muslim boy, before they are reaching their puberty..guess what? circumcision ! hohoho..this 'sacred' word is also one of the scariest words to most boys because they always associated circumcision with pain, suffering and avoidance in certain acts and food intake..ermm..yup! these are the things which these cute young guys told me last eid adha..and no doubt I can see clearly dissatisfaction of expressions when they talked about it to me..and perhaps to cover up their fear too..hahaha..

But as an older cousin, very old indeed..I try to change their perception towards this event. Previously, I do admit that I love to get them 'freez' with extremely-horror-made-up stories of circumcision which can be rated as 18SG one..masyaAllah..so now, I try my best to change back their view or perception by telling how meaningful of this process in their life. The purpose and the benefits of this process rather than the collateral effect ones..Pain? of course..but using the modern technology nowadays like the 'plastic clip' (forget the name) the patient will receive minimal pain. Circumcision is actually 'telling' the boys that they are no longer  small children but they are now in the transition to be young teenagers soon. This also telling them that they will be fully responsible on their actions especially the dealings of sin and reward from Allah SWT.

Circumcision also benefits them in many ways especially in health and cleanliness aspect. By having circumcise, the private organ will not be infected by disease and parasites which can cause serious health problem in future including reproduction process. For muslim, we have to perform 5 times prayers in free-filth and excrement  which requires us to be in clean and pure condition. Circumcision will make the cleaning process easier after 'ritual impurity'.........silence........ They seem preoccupied listening to my sermon..hahaha..hurm..at least I succeeded to relieve their tense right?..haha..coz they supposedly enjoying the big day, a life-time experience and a meaningful moment tomorrow..not worrying all night about it !

p/s: can't wait to send them to the clinic...but no more horror 'tales from aphyx' to them insyaAllah..muahaha..  =P

Thursday, November 25, 2010

Hujan !!!!

Sekarang ni musim hujan kan..sampai banjir-banjir di sesetengah tempat hari tu.. my hometown ni pon tengah hujan jugak..sejuk je malam ni..best tidur ni tapi sebab dah ada blog, tak nak la tido awal sangat..hehe..hurm..bercakap soal hujan ni, aku teringat status seseorang di facebook 3 hari lepas..dia marah-marah sebab hujan sepanjang hari tak stop2 katanya..hurm..aku mula-mula nak abaikan tapi aku tak boleh nafikan yang aku rasa terkilan sikit sebab ada juga orang yang tak paham dengan hal-hal macam ni. lepas tu, boleh pulak tanpa segan silu post status yang  kelihatan menghina benda kurniaan Allah ni, bertambah malang siap berdebat lagi dengan nasihat-nasihat yang disampaikan..aduhai..

Aku malas nak komen kat status dia tu..nanti gaduh pulak, karang lebih-lebih dia kata aku nak jadi ustaz or tok imam..hehe..dah la dia tengah bengang sangat dengan hujan tu, kawan-kawan rapat yang nasihatkan dia  pon kena hangin dia balik..so lantak ko la..yang aku tau budak tadika islam kat pekan tu pon tak selancang dia mempersoalkan tentang hujan dengan cara tak rasional macam tu..dah tu, siap mencarut lagi..hurm..

ok lah, malas nak mengata tapi sekadar nak berkata-kata je, yang kita sebagai HAMBA ALLAH ni seharusnya bersyukur atas segala kurniaan dan anugerah dariNya especially hujan..kenapa? sebab hujan adalah rezeki..REZEKI ye..ni bukan aku yang cakap, tapi Allah yang kata dalam ayat 57 surah Al A'raf yang bermaksud,

"Dia lah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya(hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."

So, jangan la keji dan hina hujan ok..kalau tak tahan sebab sangat sangat-sangat tak suka pon, simpan la dalam hati..ok..betol jugak kata sesetengah orang yang hujan lebat boleh sebabkan banjir, aktiviti seharian terjejas dan lain-lain. Tapi kalau tak ada hujan langsung..amacam? tak kan kot? Malaysia selalu hujan eh..jangan... sebab dah tercatat dalam ayat 18, surah Al Mukminun yang ertinya,

"Dan Kami turunkan air dari langit dengan suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan Kami pasti berkuasa melenyapkannya."

hurm..aku bukan nak buat ceramah agama kat sini tapi sekadar ingat mengingati perkara yang basic ni..ok kan...hehe..tak pe, biar la kereta kotor dek air hujan, rumah tenggelam dek banjir atau pendapatan terjejas disebabkan hujan, cuma anggap itu ujian-ujian darinya dan dah dikatakan hujan itu rahmat, maka rahmat itu akan datang kepada kita kemudiannya..peace...


p/s: nak sangat orang yang marah-marah tu baca benda ni..hehe..sejuknya..nak tido la sambil dengar lagu Hujan..mampu?

wallaweh! SATU JUTA kot...

wow! macam tak percaya pulak berita ni tapi tak nak percaya pon, ada bukti dah jelas lagi..nak tengok sendiri pon boleh..LISA SURIHANI..mesti semua kenal kan..kalau tak, takkan fans di facebook account dia boleh jadi satu juta...satu juta ye..caya lah lisa surihani..you deserve it...and I'm proud of her success too..

kenapa aku bangga dengan dia? sebab selain dari jadi peminat dia ni..aku rasa dia ni lah pelakon muda paling berkaliber dan paling berdisiplin berbanding rakan seangkatannnya..rasanya kita tak pernah dengar kes kontroversi yang dasyat-dasyat melibatkan lisa surihani..hanya gossip-gossip cinta yang biasa-biasa saja..so, I guess that is why she is loved by million of people in Malaysia..

tapi lepas ni mesti ada orang yang nak banding-banding kan dia dengan artis dan celebriti yang lain pulak..tak payah la kot sebab dia tak mencapap pon nak banyak fans..lagi pon kesian kat artis yang penat mencapap tapi fans tak seramai lisa surihani..hehe..tu la nakal lagi, sexy lagi..tak semua orang suka cara macam tuh..kadang-kadang boleh la..ahaha..

ok lah, apa pon tahniah buat lisa surihani..aku doakan dia berjaya lagi di masa hadapan..sememangnya dah layak bergelar primadona kot..rasanya la..sebab kat Malaysia, susah kot nak dapat sejuta fans, itu baru di facebook je..so congrtas again to her..

p/s: aku suka tengok dan ambik tahu dunia glamour tapiaku tak suka terlibat dengannya..tak layak pon..huhu

Realitinya...

Sejak 2 hari lepas, baru aku sedar realiti seorang blogger ni..memang akan berpotensi terperuk dalam bilik depan laptop atau komputer milik mereka..kan...sebab?? semakin banyak blog yang kita follow, semakin banyak entri-entri baru yang akan tersenarai di dashboard kita tuh..dan disebabkan tajuk yang mereka dagangkan semuanya hebat-hebat dan menarik, at last aku end up kt sini (depan lappy) sejak 4jam yang lepas..haish~

ok2..ak tau dah ramai (ramai ke??) kat luar sana nak jerit balik cakap kat aku 'aku tak pon!!'...hahaha...xkisah la tapi aku sekarang memang dah ketagih berblog dan membaca blog..best weh..patut la ramai yang ada blog..xkenal maka xcinta kan..haha..melalut suda..so! aku rasa aku kena buat sedikit penyesuaian dengan aktiviti baru ni dengan kehidupan aku sebelum ni yang sememangnya menarik..betol! iaitu dengan selalu berkebun dan berjalan-jalan..xla terperap aje..

my step?? sikit je kot..first, aku akan limit kan masa untuk aku ber blog..maknanya xkira lah buat entri ke atau baca entri orang (most of the time) ke, masa kena patuh..kedua, aku akan hanya membaca entri yang benar-benar berfaedah dan kena dengan minat aku je..masalahnya sekarang aku baca sumua enrti depa! adeh! betol ke? btoi yob..dah le dekat semua blogger tegar..yang lama-lama punya entri pon aku baca..penat cheq..tapi best woo...dorang sangat berbakat dalam menulis! kata syarikat kopi tu, memang betol-betol kaw!..tp, kena filter skit nampak gaya nye.. ketiga, aku akan alihkan kebanyakan masa aku berblog dengan menambah baik mutu blog aku sendiri, so aku akan cepat bosan dan off lappy untuk berkebun..hahaha..kalau baca blog dorang, alamat mati la pokok-pokok aku kat taman tu..taman mini maksud aku..hehehe..

jumpa lagi...xoxo

p/s: masa itu lebih bernilai dari emas..jangan bazirkan nya sebab masa tak kan kembali lagi walau sesaat..peace~

nak lagi...please...

huhuhu...waaa....sob..sob..sob.. T_T

berguguran air mata hati ku di pagi hari..kan....hehe..aku sedey...sedey giler..kenapa? adalah..tak payah la tau  sebab bukan boleh membantu pon..lagi pon korang sure akan ketawa, tak pon mengata aku lagi...kesian kat aku yang dah malang ni..huhuhu...

tapi, aku nak jugak share kat sini sebab tu la guna nye blog kan..kalau tak nak tulis baik tutup je..haa! hambik..actually aku sedey sebab cuti sem yang macam panjang giler ni tup..tup!! dah menghampiri penamat nye...apa?? tipu?! mana ada..betul la..maksud aku tinggal lagi sebulan je...sebulan lagi dah hauk berlalu..huhuhu..

merepek? ngada-ngada? apa plak, betul la..aku dah nak cuti selamanya..aku dah tak larat nak menghadap kelas, buku-buku etc2.. tu...2bulan cuti sebenarnya tak cukup bagi aku..I need more...I love holiday..its like luxury spa therapy for my body and brain..hehehe...

hurm..nak buat macam mana kan, masa tetap berlalu gak..nak tak nak akan sampai gak januari 2011 yang kejam itu..part 6 tu..pulak oh! tidak...sob..sob..sob

p/s: kalau korang bosan dengan cuti korang tuh, bagi la kat aku..please....

malu tapi mahu..erk!

Aduyai..dulu aku la orang yang cukup tak suka dengan sikap dan sifat di atas nih..nak something, tapi ngada-ngada dalam erti kata lainnya..huhu..TAPI !! sekarang ni, aku pulak yang malu tapi mahu..apakah?? hurm..ni bercakap pasal blog r kawan-kawan semua~(ramai nih  =P ) korang pon tahu aku bru buat blog kan..jadi macam yang kita semua tahu fungsi blog adalah seperti laman web persendirian (ye ke??..lantak r..) so apa la guna laman tu hidup dan berfungsi, jika tak de pelawat/visitor/pembaca kan..


huurm~ ~ macam blog ni jugak..aku actually nak la jugak follower atau pon pembaca untuk membaca entri-entri aku ni..tapi masalahnye aku tak confident untuk mempromosikan blog nih lagi..first, sebab blog ni tak de isu penting pon. Just entri biasa-biasa sekadar menyukupkan syarat sahaja..semua entri rapu kata orang (aku tak kata! ngee.. )

aku ada gak follow blog-bog terkenal dan belajar cara mereka mempromosi blog..dan memang dorang sangat confident sebenarnya..ye la, blog pon memang superb! aku pon promote even bkn aku punya..haha ..dan ada antara mereka yang sudi mmperkenalkan blogger baru kepada follower mereka yang ramai itu dengan slot-slot khas mereka, sangat bagus~ indeed!..tapi, macam aku cakap tadi.. aku belum ready lagi..banyak lagi yang perlu dibuat sebelum promosi kepada blogger-blogger di luar sana..

tapi kepada rakan-rakan yang mempunyai blog, sekiranya sudi menjadi follower aku, jutaan TQvM aku ucapkan kat korang..kat korang aku tak segan sangat nak promote blog kosong nih..sebab aku kenal korang kan..hehe..terima kasih atas sokongan korang tu..nak promote kat follower korang sedia ada pon xpe..tapi bukan di facebook ye..ingat! bukan di facebook..hahaha..malu teman nanti..huhu..

okeh, dah janji kat mata kuyu ni nak bagi dia rehat awal sikit malam ni..nite all..

p/s: rome was not build in a day...and patient is virtue...yeah!

Wednesday, November 24, 2010

snap! shot! pose!

those words are related to a thing, right? what is it? yesss..i know you are brilliant to guess what is it..it is a camera..huhu..suddenly i have been thinking to have a personal camera since i am officially a blogger now..based on my observation, most blogs which are considered interesting by the readers are the ones which have a lot of interesting photos..that is just my theory la..maybe wrong kan..

speaking about camera, I always think about DSLR one..huhu..ambitious huh? hehe..no-la..coz i think the high quality photos come from high quality camera too..and of coz some technique in photography..but, is it fair to compare photos from DSLR with vga-phone camera?? haha..now, u got me rite..

so, anybody wants to give me a DSLR?? oh come on..ok2, common camera? hehe.. no one? good! because there is no-one here..hahaha..btw, I have to find some photos including my face to put in this blog..baru ada KAW..haha..


p/s: a picture tells  thousands of word..

menempah sakit...huhu

kaki ku sakit...adeh..really in pain..kenapa?? ha...sebab aku yang cari pasal sejak 2-3 hari ni...aku nak jogging tapi aku malas nak buat stretching activity before aku berjogging tu..akibatnya kaki aku di bahagaian betis tu dah sakit dan sengal-sengal..huhu..

tu satu hal..yang ni pulak sakit hati..haha..sebelum aku citer, aku nak padankan muka aku sebab aku jugak mencari sakit nih..tapi nak citer ke eh?? tak payah la kot..nanti bertambah sakit lagi..biar la..huhu..ok..ok..nak tau jugak ke, haish.. aku bagi extract je..ni sebab aku jadi pembuli di jalan raya tadi..road bully r..sekali aku yang kena balik..memang badut betul driver tut!! tu...hush..malas nak pikir dah..0-0...adil la kan..aku yang mula dulu, dia yang abiskan..so 2-2 sama je.. @#$%^%^ (dlm hati) lol..

yang ketiga pulak adalah sakit mata..aiyoyo..banyaknye sakit kan...memang malang..huhu..mata aku terasa pedih je hari ni..tak tahu kenapa..kononnye!! ingat tak lagi yang aku cakap aku tak cukup tidur semalam, ha...ni lah akibatnya..mata dah pedih dan berair..penat mata tu dok berjaga tak rehat-rehat..huhu..lagi pon aku dah la tak bagi rawatan spa kat mata ni..hehe..dulu rajin gak beli eyemo,,ingat nak carik sebotol esok..tapi! malam ni, sila titun awal ye aphyx..!

erm..sakit yang ke 4 pulak adalah sakit...err..tak pe lah..nanti korang sakit otak baca entri ni pulak..haha..ada ke orang nak baca pon? hehe..tak kisah r..syok sendiri pon ok gak..kan..haha..pape pon, terima kasih berbilion-bilion kepada AJ dan Yuki sebab jadi followers...haha..2orang ni je yang sanggup baca blog aku yang entah apa2 ni..tQ guys~

p/s: our life is full of karma..if we hurt others, dont be too happy and feel satisfied, because actually that thing  will hurt ourselves back without we realize bout it..ok..xoxo~

masa itu SALAH...

guys! kenapa jam atau waktu aku post di entry aku ni semua salah..actually today is 24th dah..tapi my latest enty tadi stated 23th lg..apakah??

entri-entri semalam pon salah jugak, aku buat blog ni pukul 12 tengah malam rasanya tapi stated early in the morning..aduyai..so, what should I do??? what?! simple problem...tau, tapi aku tak tahu nak betulkan..buta IT lagi..AJ help! Yuki where are you?? guys help...  =(


HELP! HELP! HELP!


p/s: malu bertanya sesat jalan....
"tiada soalan yang bodoh, setiap pertanyaan adalah satu soalan sebenarnya" direct-translation from mdm hamidah..hehe

drowsiness???

This morning I felt like there was a huge heavy rock on my head...huhu..thats maybe due to the lack of sleep since I slept at 3 last night..BUT as usual I cant sleep after subuh..I had tried but I cant sleep..hurm..

Tak per lah..so since I was so sleepy this morning, I just canceling my past-few-days must-do activity~jogging!! huhu..ala..terasa rugi pulak..dah la badan macam badak berendam nih..kalau sedap mcm kuih tu tak pe lah jugak kan..hurm..

So, I think this evening would be nice to replace the 'regimen' of slimming activity..hehe..but then, I need to sleep back after this..actually this blog also has derive myself from closing my eyes this morning..hahaha..no-lah just joking..anyway, thanks to view this entry..i write, you view~ just to keep this blog alive, thats all..hehe

p/s: take enough sleep or else you will be 'high' all day long..wakaka

Malu r pulak...kan...

Tetiba terpikir..macam lawak r pulak blog ni..dh r xde pape..pastu macam bosan aje..blog orang lain 1st entry dh meletop! huhu..xpe la..nak wat macam mana, ini je yang termampu..kan..

Bercakap pasal blog ni, nak baca, komen dan review orang lain punya memang senang tapi bila tiba time nak buat yang milik sendiri mula la pening kepala..huhu..sebabnya?? sikap manusia yang pandai bercakap tapi buat tak reti..kan..haha..sedap je cakap orang kan..tengok cermin tuh..haha..kantoi..

berbalik pada tajuk kat atas tuh, rasanya memang banyak kekurangan dalam blog ni..sekarang dan nanti di masa depan..tapi aku akan cuba menambahbaikkan kualiti dan appearance blog ni..
ok?? hehe..

p/s: thank you for wasting yout time here..come again ya..hehehe  =P

BLACK ~OUT of my view !!!

2nd entry dh..maju.. maju.. tapi follower tak dak..wakaka!

Tadi tengah dok br-facebooking, tetiba BLACKOUT!!! apa lagi, gelap gulita la dunia alam..nak dijadikan cerita lappy aku pon battery is absolutely hopeless kan..dalam kegelapan tu, hanya berbekalkan lampu skrin handphone yg malap lagi suram, haha..akhirnya dapat la aku capai sebatang lilin untuk dinyalakan...lega.....

My room was definitely dark since I dont wanna light up too many candles..I sat at the kitchen alone while praying hard that electric supply will be connected back..huhu..others had already in the land of dreams..After a while, suddenly I was thinking about people who live in colonial era who have no electricity supply at that time.I imagined how difficult their life especially at night..hurm..poor them rite? now..poor me..sigh..

Aku bukan la nak poyo ke apa, tapi setiap kali blackout, aku mesti teringat zaman dolu-dolu yang tak de elektrik (mengikut cerita dan lagenda orang lama-lama), mesti susah nak jalan keluar waktu malam, suram je keadaan sekeliling..boring satu hal..dah tak de elektrik of coz la xde tv, internet lagi r..xwujud lagi..hmmm..
so bersyukur la kepada Allah atas kurniaan dan nikmatNya..kan? aku rasa ada hikmahnya blackout tadi..dapat rasa bersyukur dan ilham nak buat blog terus..bole?? haha...

p/s: seboleh-bolehnya ucapkan syukur alhamdulillah setiap hari tanda ingatan kita kepadaNya..peace~

finally..erk! firstly..

Salam..

How am i going to start eh?? hahaha... yeah! finally my wish to become a blogger has become a reality.. thanks to my friends, AJ and Yuki Hikaru which I believe the only people whom excited to read my blog..haha

hurm..macam excited-kan nak berblog sebab tr-inspired daripada kawan-kawan yang mempunyai blog..tapi the main problem is I am not as creative as they are..Tapi tak pe, sebagai nak memenuhi hasrat kawan-kawan, saya/aku buat la satu..see! nak address diri pon tak consistence lagi..aiyo!

So, nak memendekkan cerita dan mengakhiri entry saya yang first ni, aku bagi la pantun ni yang terkandung my intention..hehe..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambik galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...

p/s: tunjuk ajar anda selain dari komen (jika ada) amat lah saya hargai..
=)